Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, August 24, 2011

1Z0-851...

hai..!! hehe.. :D

lamanya tak menulis disini... tak terasa pun masa berlalu... sekejap saja dah penghujung bulan ogos. sedar tak sedar, 2/3 dari 2011 dah berlalu... kerja yang bermula awal tahun pun dah hampir selesai... sekarang ni tengah honeymoon berfacebook sambil main game mousehunt (of course.. hehe) dan juga buat sikit-sikit kerja yang belum selesai.. malas giler rasanya nak siapkan.. huhu..

balik ke tajuk entry, itu adalah kod exam yang aku baru ambil 2 minggu lepas... dan hasilnya, haha.. mengecewakan.. soalan takdelaa susah sangat, objective aje... tapi biasalaa, objective biasanya memang tricky sikit.. kita tak sure jawapan kita betul ke tak.. harap confident ajelah masa jawab... tapi aku rasa memang salah aku pun failed paper ni.. dah last minute baru nak study menghafal bagai... sebelum-sebelumnya ada la juga try mock-up test, tapi memang tak mencukupi pun... konsep dengan teori kena power kot.. setakat harap practical je selalu memang tak lepas... bila dapat result lepas exam tu, memang down giler perasaan aku... bila fikir balik silap aku, apa nak buat... terpaksa la terima dengan hati terbuka...

bila dah balik ofis, ramai pula yang membincangkan kegagalan aku.. huhu... dah menjadi reputasi buruk pula... tapi lagi sekali, dah salah aku, nak buat camne kan.. dah la orang pertama ambil exam tu, kira macam benchmark la juga... bila dipanggil bos, terpaksa la explain pasal apa gagal.. lepas tu, bos beritahu yang exam tu wajib lulus... *OMGGG!!! dangg!!*

jadi, inilah saya disini... sesambil buat keje, study balik benda tu... nasib baik bos bagi peluang sekali lagi untuk repeat exam tu... dah la mahal harganya... huhu.. T_T akan ku cuba yang terbaik kali ni... doakan aku berjaya ye... insyaAllah...

Thursday, February 10, 2011

EwwW...

sebenarnya aku sukar untuk memahami... atau sebenarnya memang tak faham dengan trend terkini budak-budak zaman sekarang ni...


rasanya ramai sudah tahu dan pernah menonton video yang dibuat oleh Anwar Hadi tentang trend yang ini. trend bahasa rempit. atau juga boleh dipanggil dengan bahasa ewwww~!!. kalau kat facebook, banyak saja status yang guna bahasa ni. naik menyampah lak bila nak bacanya... dan paling menimbulkan masalah bila hampir semua cousin (sepupu) aku guna bahasa macam ni... kalau stakat status tu, mungkin boleh buat tak tahu je... tapi dalam real-time chat pun boleh jugeeeee.... T_T bebudak sekarang ni dah pandai-pandai agaknya... aku terpaksa ambil masa 10 minit cuma nak paham sebaris ayat jewww...

ada satu hari tu aku saje je post video tu dlm fb adik aku (yang unfortunately, guna juga bahasa tu).. siap mengajuk-ajuk lagi depan dia... haha... tambah plak dengan status yg macam ini...

Image Hosted by ImageShack.us
By cryofoton at 2011-02-09

bila dia dah tengok video tu, dia gelak je... tapi lepas tu dia still buat juga bahasa camtu... T_T (takde kesedaran sivik sungguh.. huhu..)


by the way, for those who not seen the video yet, you can watch it after the jump (or below, if the blogger jumping thingy doesn't work - baru nak mengetest.. huhu)

Thursday, January 13, 2011

perfectionist...


09 Januari, 2011.. marks the date...


ada apa dengan tarikh itu? ntah... sukar untuk dibuat ayat dengan tarikh itu... tapi yang pastinya, telah berlaku satu peristiwa yang membuatkan hidup aku seperti kacau bilau... bukannya aku tak suka dengan tarikh itu, tapi... ntah laa...

akibat dari peristiwa itu, maka ramailaa orang yang meletakkan harapan yang aku rasa terlalu tinggi sangat untuk aku... ini termasuklah keluarga aku sekali... benda-benda camni laa yang sebenarnya menakutkan aku... takut kalau perkara yang diharapkan tak menjadi kenyataan... mana nak letak muka?? makin trauma ada laa kot... huhu.. sejak dari peristiwa itu, aku memang dah consider yang "failure" itu adalah salah satu dari pilihan yang ada... tapi aku rasa aku tak mahu mengalah dalam hal ini... sebelum ni aku buat bodoh aja, tapi kali ini aku akan cuba juga... walaupun apa juga kosnya...

kengkadang aku rasa life aku ni macam drama dalam novel lak.. hahak... *tetibe*

maaf kalau ayat-ayat diatas kurang difahami... ia memang untuk tidak difahami, harap maklum.

okeh.. dalam perkembangan lain yang takde kaitan...

semenjak dua menjak ni makin galak lak colleagues a.k.a boss aku ni dok saiko aku suh kawen cepat... siki-sikit tanya... papehal je terus nak relate dgn pegi merisik laa.. apa laa.. aku rasa kalu orang lain, sure dah rimas agaknya... I can't help myself but to smile all the way (aku tatau camner nak translate ayat nih). tapi dalam hati dah depression tahap NORAD operator tengah monitor korea utara.. nasib tak meletup macam bom nuklear ajer... sikit-sikit tu cukup laa... aku tahu niatnya itu baik... tapi kalau dah hari-hari, memang bole tingkat 17 ini macam...

oh! anyway, dalam satu session appraisal, boss aku tu cakap yang aku ni "perfectionist".. haha.. memula tu aku gelakkan aje... first time aku dengar orang cakap camtu... tapi bila dipikirkan balik, dalam hal kerja, mungkin betul juga... doing things in correct and proper way bagi aku adalah sesuatu yang penting... aku memang tak suka bila orang buat sesuatu tu ala kadar atau main cincai aje... memang laa bole working, tapi kemudian hari menyusahkan orang lain buat aper... tapi takdelaa sampai tahap "perfect"... just buat sehabis baik setakat mana kemampuan cukuplah bagi aku... manusia sememangnya tak perfect pun...

cukuplah stakat ini dulu...


baru teringat yang aku tak buat entri summary 2010 lagi.. haha.. lepas ni laa kot gaknya...




Friday, December 10, 2010

the hardest part of ending is starting again...


menulis lagi... after a while in hiatus...


minggu lepas saya ada pergi ke sebuah majlis perkahwinan seorang ex-colleague di tempat keje saya yang dulu... saya pergi agak lewat juga, dalam pukul 2.30 petang lebih kurang... sesampainya disana, majlisnya memang sangat meriah dan agak besar juga... mungkin sebab jemputannya pun ramai, sampaikan nak cari ruang meja untuk makan pun agak susah... tema pada hari itu adalah pink, jadi semuanya pink semata-mata.. hinggakan pengantin lelakinya pun pink juga.. haha.. skeptikalkah saya dengan pink?? tidak juga... tapi jangan disertakan dengan aksi-aksi lembut "awww" tu cukuplah. tak kose aii taww... hahak...


jadi, apa kaitannya majlis ni dengan saya?



saya sebenarnya agak keberatan nak pergi ke majlis ini... sebab saya tahu, mesti akan berjumpa dengan orang-orang di tempat saya keje dulu... tapi sebab teman saya tu nak juga saya datang, maka terpaksalaa juga... itu pun saya sengaja melewatkan sikit... at, least kurang orang sikit (eh, 2.30 tu kira lewat ke? haha..)

tapi... bukan sebab itu yang sebenarnya...


sebenarnya... saya tak mahu berjumpa dengan seseorang... atau dua orang dalam kes ini...

kenapa?

sebab...

dia adalah double-crosser!!
dialah yang tikam saya dari belakang!!
buat baik depan saya, tapi kat belakang... sanggup dia...

saya ingat bila saya dah keluar dari tempat itu, saya takkan berjumpa dengan mereka lagi... tapi di majlis itu...

apapun, tahniah pada mereka kerana sudah berkahwin... itu pun setelah diberitahu suatu ketika dulu oleh teman yang buat majlis ini (walaupun saya dapat tahu dari awal lagi)... oh, mereka itu bukan teman yg buat majlis ni, jangan salah faham ye!


okeh, dah! *gi terjun bangunan lak*
(semalam 20101209 ada orang bunuh diri terjun bangunan sebab break-up dengan gf dia selepas 4 bulan relationship - sumber)


----------

seriously, aku ingat aku dah cukup kuat untuk menghadapi kembali peristiwa dulu... tapi nampaknya macam tak pernah ada kekuatan itu selama ini... T_T