Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, December 10, 2010

the hardest part of ending is starting again...


menulis lagi... after a while in hiatus...


minggu lepas saya ada pergi ke sebuah majlis perkahwinan seorang ex-colleague di tempat keje saya yang dulu... saya pergi agak lewat juga, dalam pukul 2.30 petang lebih kurang... sesampainya disana, majlisnya memang sangat meriah dan agak besar juga... mungkin sebab jemputannya pun ramai, sampaikan nak cari ruang meja untuk makan pun agak susah... tema pada hari itu adalah pink, jadi semuanya pink semata-mata.. hinggakan pengantin lelakinya pun pink juga.. haha.. skeptikalkah saya dengan pink?? tidak juga... tapi jangan disertakan dengan aksi-aksi lembut "awww" tu cukuplah. tak kose aii taww... hahak...


jadi, apa kaitannya majlis ni dengan saya?



saya sebenarnya agak keberatan nak pergi ke majlis ini... sebab saya tahu, mesti akan berjumpa dengan orang-orang di tempat saya keje dulu... tapi sebab teman saya tu nak juga saya datang, maka terpaksalaa juga... itu pun saya sengaja melewatkan sikit... at, least kurang orang sikit (eh, 2.30 tu kira lewat ke? haha..)

tapi... bukan sebab itu yang sebenarnya...


sebenarnya... saya tak mahu berjumpa dengan seseorang... atau dua orang dalam kes ini...

kenapa?

sebab...

dia adalah double-crosser!!
dialah yang tikam saya dari belakang!!
buat baik depan saya, tapi kat belakang... sanggup dia...

saya ingat bila saya dah keluar dari tempat itu, saya takkan berjumpa dengan mereka lagi... tapi di majlis itu...

apapun, tahniah pada mereka kerana sudah berkahwin... itu pun setelah diberitahu suatu ketika dulu oleh teman yang buat majlis ini (walaupun saya dapat tahu dari awal lagi)... oh, mereka itu bukan teman yg buat majlis ni, jangan salah faham ye!


okeh, dah! *gi terjun bangunan lak*
(semalam 20101209 ada orang bunuh diri terjun bangunan sebab break-up dengan gf dia selepas 4 bulan relationship - sumber)


----------

seriously, aku ingat aku dah cukup kuat untuk menghadapi kembali peristiwa dulu... tapi nampaknya macam tak pernah ada kekuatan itu selama ini... T_T


0 comments: