Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

1Z0-851...

hai..!! hehe.. :D

lamanya tak menulis disini... tak terasa pun masa berlalu... sekejap saja dah penghujung bulan ogos. sedar tak sedar, 2/3 dari 2011 dah berlalu... kerja yang bermula awal tahun pun dah hampir selesai... sekarang ni tengah honeymoon berfacebook sambil main game mousehunt (of course.. hehe) dan juga buat sikit-sikit kerja yang belum selesai.. malas giler rasanya nak siapkan.. huhu..

balik ke tajuk entry, itu adalah kod exam yang aku baru ambil 2 minggu lepas... dan hasilnya, haha.. mengecewakan.. soalan takdelaa susah sangat, objective aje... tapi biasalaa, objective biasanya memang tricky sikit.. kita tak sure jawapan kita betul ke tak.. harap confident ajelah masa jawab... tapi aku rasa memang salah aku pun failed paper ni.. dah last minute baru nak study menghafal bagai... sebelum-sebelumnya ada la juga try mock-up test, tapi memang tak mencukupi pun... konsep dengan teori kena power kot.. setakat harap practical je selalu memang tak lepas... bila dapat result lepas exam tu, memang down giler perasaan aku... bila fikir balik silap aku, apa nak buat... terpaksa la terima dengan hati terbuka...

bila dah balik ofis, ramai pula yang membincangkan kegagalan aku.. huhu... dah menjadi reputasi buruk pula... tapi lagi sekali, dah salah aku, nak buat camne kan.. dah la orang pertama ambil exam tu, kira macam benchmark la juga... bila dipanggil bos, terpaksa la explain pasal apa gagal.. lepas tu, bos beritahu yang exam tu wajib lulus... *OMGGG!!! dangg!!*

jadi, inilah saya disini... sesambil buat keje, study balik benda tu... nasib baik bos bagi peluang sekali lagi untuk repeat exam tu... dah la mahal harganya... huhu.. T_T akan ku cuba yang terbaik kali ni... doakan aku berjaya ye... insyaAllah...

Thursday, January 13, 2011

perfectionist...


09 Januari, 2011.. marks the date...


ada apa dengan tarikh itu? ntah... sukar untuk dibuat ayat dengan tarikh itu... tapi yang pastinya, telah berlaku satu peristiwa yang membuatkan hidup aku seperti kacau bilau... bukannya aku tak suka dengan tarikh itu, tapi... ntah laa...

akibat dari peristiwa itu, maka ramailaa orang yang meletakkan harapan yang aku rasa terlalu tinggi sangat untuk aku... ini termasuklah keluarga aku sekali... benda-benda camni laa yang sebenarnya menakutkan aku... takut kalau perkara yang diharapkan tak menjadi kenyataan... mana nak letak muka?? makin trauma ada laa kot... huhu.. sejak dari peristiwa itu, aku memang dah consider yang "failure" itu adalah salah satu dari pilihan yang ada... tapi aku rasa aku tak mahu mengalah dalam hal ini... sebelum ni aku buat bodoh aja, tapi kali ini aku akan cuba juga... walaupun apa juga kosnya...

kengkadang aku rasa life aku ni macam drama dalam novel lak.. hahak... *tetibe*

maaf kalau ayat-ayat diatas kurang difahami... ia memang untuk tidak difahami, harap maklum.

okeh.. dalam perkembangan lain yang takde kaitan...

semenjak dua menjak ni makin galak lak colleagues a.k.a boss aku ni dok saiko aku suh kawen cepat... siki-sikit tanya... papehal je terus nak relate dgn pegi merisik laa.. apa laa.. aku rasa kalu orang lain, sure dah rimas agaknya... I can't help myself but to smile all the way (aku tatau camner nak translate ayat nih). tapi dalam hati dah depression tahap NORAD operator tengah monitor korea utara.. nasib tak meletup macam bom nuklear ajer... sikit-sikit tu cukup laa... aku tahu niatnya itu baik... tapi kalau dah hari-hari, memang bole tingkat 17 ini macam...

oh! anyway, dalam satu session appraisal, boss aku tu cakap yang aku ni "perfectionist".. haha.. memula tu aku gelakkan aje... first time aku dengar orang cakap camtu... tapi bila dipikirkan balik, dalam hal kerja, mungkin betul juga... doing things in correct and proper way bagi aku adalah sesuatu yang penting... aku memang tak suka bila orang buat sesuatu tu ala kadar atau main cincai aje... memang laa bole working, tapi kemudian hari menyusahkan orang lain buat aper... tapi takdelaa sampai tahap "perfect"... just buat sehabis baik setakat mana kemampuan cukuplah bagi aku... manusia sememangnya tak perfect pun...

cukuplah stakat ini dulu...


baru teringat yang aku tak buat entri summary 2010 lagi.. haha.. lepas ni laa kot gaknya...




Friday, October 29, 2010

bosan...

hari ini hari jumaat... hari esok hari sabtu.. kenapa laa cepat sangat hari jumaat?? tak boleh ke hari isnin tu hold je jangan gerak-gerak ke hari lain?? huhu..

hari ini hari jumaat...

current project pun da habis dengan uat... tinggal menunggu training utk user je lagik... tapi development x abis lagi, camner tuu?? tapi bukan part aku punya.. sebab part aku hampir selesai... cuma terpaksa menunggu orang lain siap dulu baru bole proceed... in the mean time, aku dah jadi bosan... tak tahu nak buat apa... asik layan fb je ni.. pastu cari-cari lagu sket... pastu blank... nak layan forum, tak tahu forum apa nak dilayan... nak buat benda-benda lain kang, takut orang ingat tengah tuang keje lak... huhu.. susah gak kalu terlaju buat keje nih...
huhu...

sekarang ni, malam-malam dah tak layan internet pun sangat.. dah macam bosan sebab hari-hari dah tengok facebook aje kan waktu siang... jadi, malam-malam ku kini dihabiskan dengan game nihh...

Image Hosted by ImageShack.us

best la jugak.. dah lama menunggu sambungan 'brood war'... tapi game C&C4 tiberian twilight tu tak habis main lagi.. err.. camner nihh... :S

Thursday, September 10, 2009

090909


090909...

hari dimulakan dengan peristiwa di stesen minyak...

seperti biasa, kalau aku datang mengisi minyak kereta, aku akan lock nozzle pam minyak itu dan membiarkan seketika sambil ke depan mengelap cermin depan kereta. pada kebiasaannya, bila dah habis lap cermin, mesti minyak dah cukup penuh dan seperti biasa juga, nozzle dipulangkan ketempatnya dan rutin ini telah menjadi kebiasaan aku sejak seberapa lama.

itu adalah normal.

tapi pada hari itu...

seperti biasa, kalau aku datang mengisi minyak kereta, aku akan lock nozzle pam minyak itu dan membiarkan seketika sambil ke depan mengelap cermin depan kereta. pada kebiasaannya, bila dah habis lap cermin, aku lihat kat belakang kereta ada banyak minyak mengalir... sekali tengok, kat nozzle tu minyak membuak-buak melimpah ruah ke ladang gandum... kat lantai pula, lecaknya dah macam sawah padi dah... huhu.. kebetulan (ditakdirkan) kat pam sebelah ada seorang lelaki tengah isi minyak. dia pun baru terperasan bila nampak aku berkejaran menyelamatkan keadaan. bila keadaan sudah menjadi tenang dan terkawal, dia cakap kat aku..

lelaki itu : "waa.. penuh habis.. untung loo.. manyak ong!!"
aku : "haha.. mana ada untung loo.."
aku (dalam hati) : "apa kejadahnya banyak ong.. rugi je duit mengalir dalam longkang.. huhu.."

kesudahannya, sepanjang hari itu sakit tekak ketoksikan menghirup bau minyak Ron95.. huhu..

jadi, pengajaran untuk aku... lock itu tak boleh dipercayai.


okeh..

dan hari ditamatkan dengan peristiwa di Nando's Alamanda...

Image Hosted by ImageShack.us

tertera di gambar adalah orang-orang MCKI ~ the dark side of IK*M... asalnya, semua dari kami adalah officemates... tapi kebanyakkannya dari mereka ini telah meninggalkan kampeni dan mencari rezeki ditempat lain... ironinya, mereka tidak rela untuk keluar, tapi terpaksa juga disebabkan oleh "seorang" itu...

apapun, kami still keep contact...


seperti masih dalam satu kampeni lagi... huhu..


Thursday, May 21, 2009

cuti paksa rela...

haha.. bolehkah aku buat title yang macam itu..? hmm..


aku rasa kat mana-mana syarikat dalam malaysia ni pun staffnya sukakan cuti... tak kiralaa cuti apapun... weekend ke.. public holiday ke.. annual ke.. MC ke.. janji cuti.. sapa taknak cuti kan? kan? bole lepak-lepak kat umah... ataupun pegi jenjalan satu malaysia ke.. gi shopping ke.. main bowling ke.. main paintball ke (lama sangat tak main nihh).. memacam lagilah..

aku pun sebenarnya suka jugak bila dapat cuti... Best!!


tapi yang tak bestnye ialah bila cuti ditengah-tengah kesengkekkan.. huhu... nak tak nak terpaksalaa duduk memerap kat umah je... kat umah plak takde internet... aduhh, buhsan giler...

kesimpulannya, buhsan giler...


p/s : ingat macam nak main game aja time cuti ni... nantilah nak try tengok kat kedai lanun ada cd games yang best-best tak... banyaknya macam outdeted je.. huhu..